Pada 11 Jun 2011, Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan Kem Sahsiah Unggul yang disertai oleh pelajar tingkatan 1 dan 2. Program ini telah dibantu oleh pelajar-pelajar Kuliyyah Al-Lughah Wa Ad-din As-Sultan Abu Bakar, Pekan. Kem ini berlangsung selama 1 hari (8.00 pagi - 5.00 petang).
Sunday, 19 June 2011
Thursday, 19 May 2011
Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam
Alhamdulillah...Pada hari ini SMK Ahmad telah menerima anugerah kecemerlangan PMR (2010), SPM (2010) dan Bahasa Arab PMR 2010. Anugerah ini telah diadakan di BTPN, Jalan Beserah, Kuantan. Yang lebih membanggakan SMK Ahmad telah dinobatkan yang terbaik (Tempat Pertama) Bahasa Arab PMR di Pahang mengalahkan SMKA dan SABK. Semoga dengan Anugerah ini akan menyuntik semangat Ahmadian untuk bekerja lebih keras bagi menaikkan nama SMK Ahmad. Tahniah kepada semua guru-guru yang telah bertungkus lumus memastikan kejayaan Ahmadian...
Monday, 2 May 2011
Salam Perkenalan
Assalamualaikum,
Laman blog ini dihasilkan untuk berkongsi idea dan maklumat tentang Pendidikan Islam dan KKQ.
Laman blog ini dihasilkan untuk berkongsi idea dan maklumat tentang Pendidikan Islam dan KKQ.
Subscribe to:
Posts (Atom)