Wednesday, 18 April 2012

PERTANDINGAN BERZANJI DAN MARHABAN PERINGKAT NEGERI PAHANG 2012

Pada 14-15 April 2012, SMK Ahmad telah menghantar 5 pasukan Berzanji dan Marhaban ke Pertandingan Peringkat Negeri Pahang 2012 bagi kategori belia. Pasukan Salafus Soleh telah mendapat tempat ketiga dalam pertandingan tersebut. Tahniah diucapkan.

Thursday, 5 January 2012

LEMBARAN 2012

Selamat Tahun Baru buat semua... Tahun baru, sudah tentu tercipta azam baru. Saya baru sahaja membeli perisian baru untuk memantapkan lagi P&P dan perancangan memartabatkan Pendidikan Islam serta KKQ. Perisian tersebut ialah asarfont. Asarfont ini adalah Perisian Menulis Untuk Pengajian Islam dan Bahasa Arab. Apa yang menariknya dengan asarfont ini ialah kita boleh menaip arab dan jawi tanpa perlu menukar font arabic atau jawi biasa. Sangat praktikal terutamanya ketika membuat soalan yang mempunyai pinjaman bahasa arab contohnya : perkataan "menghafaz" boleh ditaip secara terus tanpa perlu memilih sama ada untuk menggunakan arabic atau jawi. Untuk maklumat lanjut, boleh layari web  : http://umpholdings.ump.edu.my/. Selamat mencuba.

Sunday, 19 June 2011

KEM SAHSIAH UNGGUL

Pada 11 Jun 2011, Panitia Pendidikan Islam telah menganjurkan Kem Sahsiah Unggul yang disertai oleh pelajar tingkatan 1 dan 2. Program ini telah dibantu oleh pelajar-pelajar Kuliyyah Al-Lughah Wa Ad-din As-Sultan Abu Bakar, Pekan. Kem ini berlangsung selama 1 hari (8.00 pagi - 5.00 petang).

Thursday, 19 May 2011

Anugerah Kecemerlangan Pendidikan Islam

Alhamdulillah...Pada hari ini SMK Ahmad telah menerima anugerah kecemerlangan PMR (2010), SPM (2010) dan Bahasa Arab PMR 2010. Anugerah ini telah diadakan di BTPN, Jalan Beserah, Kuantan. Yang lebih membanggakan SMK Ahmad telah dinobatkan yang terbaik (Tempat Pertama) Bahasa Arab PMR di Pahang mengalahkan SMKA dan SABK. Semoga dengan Anugerah ini akan menyuntik semangat Ahmadian untuk bekerja lebih keras bagi menaikkan nama SMK Ahmad. Tahniah kepada semua guru-guru yang telah bertungkus lumus memastikan kejayaan Ahmadian...

Monday, 2 May 2011

Aktiviti Puteri Islam


Salam Perkenalan

Assalamualaikum,
Laman blog ini dihasilkan untuk berkongsi idea dan maklumat tentang Pendidikan Islam dan KKQ.