Thursday, 5 January 2012

LEMBARAN 2012

Selamat Tahun Baru buat semua... Tahun baru, sudah tentu tercipta azam baru. Saya baru sahaja membeli perisian baru untuk memantapkan lagi P&P dan perancangan memartabatkan Pendidikan Islam serta KKQ. Perisian tersebut ialah asarfont. Asarfont ini adalah Perisian Menulis Untuk Pengajian Islam dan Bahasa Arab. Apa yang menariknya dengan asarfont ini ialah kita boleh menaip arab dan jawi tanpa perlu menukar font arabic atau jawi biasa. Sangat praktikal terutamanya ketika membuat soalan yang mempunyai pinjaman bahasa arab contohnya : perkataan "menghafaz" boleh ditaip secara terus tanpa perlu memilih sama ada untuk menggunakan arabic atau jawi. Untuk maklumat lanjut, boleh layari web  : http://umpholdings.ump.edu.my/. Selamat mencuba.

1 comment: